بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Sabtu, 23 Juli 2022

Pahala yg akan mengalir sehingga hari kiamat

Tematik (84)
---------------------
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Pahala yg akan mengalir sehingga hari kiamat..

Pahala seseorang yang tetap mengalir walau orang tersebut telah meninggal, telah disebutkan di dalam hadis yang lain. “Apabila bani Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali dari tiga hal; Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya”..
[Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah].

Namun doa anak yg soleh akan terhenti apabila anak tersebut meninggal dunia, ilmu yg dimanfaat akan terhenti apabila ilmu tersebut telah diangkat oleh Allah swt dan pahala harta yg diwakafkan akan terhenti apabila harta itu telah musnah..

Lalu apakah amalan yg mampu mengalirkan pahala sehingga ke kiamat??

Ribat !!
Bandingan mereka yang menginfaqkan harta-harta mereka di jalan Allah seperti bandingan sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkainya mengandungi 100 benih, dan Allah menggandakan untuk sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah itu Maha Luas lagi Maha Mengetahui.
(QS. al-Baqarah: 126)

Ribat ini dirujuk oleh firman Allah Taala:

Wahai orang-orang beriman, bersabarlah kamu, sama-samalah bersabar (berhadapan dengan musuh), lakukanlah ribat dan bertaqwalah kepada Allah mudah-mudahan kamu beroleh kejayaan.
(QS.Ali Imran : 200).

Kelebihan Ribat ini disebut dalam banyak hadis Nabi saw antaranya Hadis riwayat Imam Bukhari daripada Sahl bin Sa`ad al-Sa`idi r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

رِبَاطُ يَوْمٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا عَلَيْهَا

Maksudnya: Ribat sehari di jalan Allah lebih baik daripada dunia dan isinya..

Muslim meriwayatkan daripada Salman al-Farisi r.a katanya, saya mendengar Rasulullah saw bersabda:

رِبَاطُ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ خَيْرٌ مِنْ صِيَامِ شَهْرٍ وَقِيَامِهِ وَإِنْ مَاتَ جَرَى عَلَيْهِ عَمَلُهُ الَّذِي كَانَ يَعْمَلُهُ وَأُجْرِيَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ وَأَمِنَ الْفَتَّانَ

Maksudnya: Ribat sehari semalam lebih baik daripada berpuasa dan mengerjakan qiyam selama sebulan. Dan sekiranya dia mati akan berterusanlah amalan yang sebelumnya sentiasa dilakukannya. Rezekinya pula akan diteruskan dan terselamat daripada para penguji (kubur).

Dalam riwayat Tirmizi daripada Salman al-Farisi menyebut Rasulullah saw bersabda:

رِبَاطُ يَوْمٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَفْضَلُ وَرُبَّمَا قَالَ خَيْرٌ مِنْ صِيَامِ شَهْرٍ وَقِيَامِهِ وَمَنْ مَاتَ فِيهِ وُقِيَ فِتْنَةَ الْقَبْرِ وَنُمِّيَ لَهُ عَمَلُهُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Ribat sehari di jalan Allah lebih afdhal –mungkin beliau berkata – lebih baik – berbanding puasa dan qiyam selama sebulan. Dan sesiapa yang mati dalam keadaan Ribat terselamat daripada ujian kubur dan dicambahkan untuknya amalannya sehingga ke hari Qiamat.

Nasaei pula meriwayatkan daripada Uthman bin Affan r.a bahawa Nabi saw bersabda:

إِنَّ رِبَاطَ يَوْمٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ يَوْمٍ مِمَّا سِوَاهُ فَلْيُرَابِطْ امْرُؤٌ حَيْثُ شَاءَ

Maksudnya: Sesungguhnya Ribat sehari di jalan Allah lebih afdhal daripada seribu hari selainnya. Maka hendaklah melakukan ribat seseorang itu di mana sahaja dia mahu.

Ibn Abi Syaibah meriwayatkan daripada Makhul r.a bahawa Nabi saw bersabda:

تمام الرباط أربعون يوما

Maksudnya: Kesempurnaan Ribat ialah 40 hari.

Rasulullah (shallallahu alaihi wa sallam) bersabda; “Satu hari ribath di jalan Allah adalah lebih baik dari pada dunia dan seisinya, tempat cambuk salah seorang dari kalian di surga lebih baik dari dunia dan seisinya”..
[Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Sahl bin Sa’ad].

Rasulullah (shallallahu alaihi wa sallam) bersabda;
“Ribat sehari semalam lebih baik daripada puasa & shalat malam sebulan penuh, jika dia meninggal maka amalannya senantiasa mengalir sebagaimana yg pernah dia amalkan, mengalir pula rizekinya & terbebas dari fitnah (kubur)..
[Diriwayatkan oleh Muslim dari Salman].

Rasulullah (shallallahu alaihi wa sallam) bersabda;
“Satu hari ribat di jalan Allah adalah lebih baik dari seribu hari dihabiskan untuk selain itu”.
[Hadits Hasan; diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan An-Nasa`i dari Utsman bin Affan].

Abu Hurairah (radhiyallahu anhu) berkata;
“Satu hari ribath di jalan Allah lebih aku cintai dari pada solat malam pada malam Lailatul Qadar di salah satu dari dua masjid; Masjid al-Haram dan Masjid Rasulullah (shallallahu alaihi wa sallam)
[Sunan Sa’id bin Manshur].

Salah seorang Anshar datang kepada Umar bin Khaththab (radhiyallahu anhu), Umar bertanya kepadanya; “Dari mana saja engkau?” dia menjawab; “Dari melakukan ribat”, Umar bertanya lagi; “Berapa hari engkau melakukan ribat?” dia menjawab; “Tiga puluh hari”. Umar berkata kepadanya; “Kenapa engkau tidak melengkapinya dengan melakukannya selama empat puluh hari?”. [Mushannaf Abdir Razzaq].

Anak Ibnu Umar (radhiyallahu anhum) melakukan ribath selama 30 hari, lalu dia pulang, maka Ibnu Umar berkata kepadanya; “Aku tekankan engkau sebaiknya kembali dan melakukan ribath sepuluh malam lagi hingga genap menjadi empat puluh hari”
[Mushannaf Ibnu Abi Syaibah].

Abu Hurairah (radhiyallahu anhu) berkata;
“Ribat yang sempurna adalah selama empat puluh hari”
[Mushannaf Ibnu Abi Syaibah].

Berdasarkan atsar ini dan lainnya, ketika Imam Ahmad (rahimahullah) ditanya; “Berapa lamakah waktu terbaik untuk ribat?” Dia menjawab; “Empat puluh hari”. Ishaq bin Rahawaih berkata; “Ini sebagaimana yang dia katakan”.
[Masa`il al-Imam Ahmad wa Ishaq ibn Rahawaih]

Atsar-atsar ini menunjukkan bahawa ketika seseorang hendak melakukan ribath, maka yang terbaik baginya (dan bukan hal yang wajib) untuk melakukannya setidaknya empat puluh hari atau lebih, sebelum dia kembali ke tempatnya untuk beristirehat. Ini adalah ribath menurut manhaj kaum salaf.

Rasulullah (shallallahu alaihi wa sallam) bersabda;
“Semua orang yang meninggal maka amalnya akan terhenti di saat dia meninggal, kecuali murabith, amalnya akan terus berkembang hingga hari kiamat, dan dia aman dari fitnah kubur”..
[Shahih, diriwayatkan oleh Abu Dawud dan At-Tirmidzi dari Fadalah bin Ubaid].

Hadis Nabi (shallallahu alaihi wa sallam) yang diriwayatkan oleh Muslim dari Salman al-Farisi (radhiyallahu anhu) di atas telah menyebutkan;
“jika dia (murabith) meninggal maka amalannya sentiasa mengalir sebagaimana yg pernah dia amalkan, mengalir pula rezekinya & terbebas dari fitnah (kubur)”.

Kematian ini adalah kematian yang paling mulia dan pahala ini telah dijamin bagi seorang Murabitun yang meninggal di saat Ribath, bahkan jika kematiannya adalah kerana penyakit, usia, atau kecelakaan. Berapa banyak lagi kemuliaan apabila kematiannya adalah kesyahidan yang disebabkan oleh serangan udara dari tentara salib dan sekutu murtad mereka?

Ibnu Abbas (radhiyallahu anhuma) berkata; bahawasanya Rasulullah (shallallahu alaihi wa sallam) bersabda; “Permulaan urusan ini adalah kenabian dan rahmat, kemudian datang kekhalifahan dan rahmat, kamudian akan datang kerajaan dan rahmat, kemudian akan datang imarah dan rahmat, lalu setelah itu akan saling menggigit satu sama lain terhadap dunia sebagaimana keledai yang menggigit. Maka lakukanlah jihad, dan sesungguhya sebaik-baik jihad kalian adalah ribath, dan sebaik-sebaik ribath kalian adalah di ‘Asqalan”.
[Diriwayatkan oleh Ath-Thabrani dengan sanad hasan]. ‘Asqalan adalah nama kota di Palestina.

Hadis yang serupa juga diriwayatkan dengan sedikit perbezaan dalam redaksi kalimatnya (dengan penambahan dan pengurangan), baik itu sabda dari Nabi (shallallahu alaihi wa sallam) ataukah dari perkataan beberapa shahabat (radhiyallahu anhum).
[Lihat Ibnu Abi Syaibah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim].
Wallahualam..

Imam Ahmad (rahimahullah) berkata, “Dalam pandanganku, tidak ada yang menyamai pahala jihad dan ribat. Ribath mempertahankan kaum muslimin dan keluarga mereka. Ini menguatkan orang-orang yang ada di pos perbatasan dan orang-orang yang di medan pertempuran. Kerana itu, ribat adalah akar dan cabang dari jihad. Jihad lebih baik dari ribath karena kesulitan dan kelalahannya… ribath yang terbaik adalah yang paling sengit”. [Al-Mughni].